Kelas ICT: Pengenalan kepada Microsolf Word 2013 Tahap 1
7 Mei 2017 | Aktiviti Terkini
Pada 6 Mei 2017, pusat internet 1 Malaysia telah mengadakan kelas Pengenalan kepada Microsoft Word 2013 Tahap 1 kepada 17 orang peserta. Kelas ini dilaksanakan bagi tujuan pengenalan asas kepada Microsoft Word 2013 kepada golongan kanak-kanak dan juga kepada golongan dewasa. Antara asas pembelajaran peserta ialah teknik pemilihan font, saiz font, spacing serta ujian menaip menggunakan game Typing 10 Test bagi menilai kemahiran menaip peserta.
Kelas ini berlangsung selama 4 jam yang mana ia terbahagi kepada dua sesi iaitu dari jam 9 pagi-11 pagi dan dari jam 2 petang-4 petang. Sesi pagi telah dihadiri oleh golongan kanak-kanak di bawah 13 tahun ke bawah manakala sesi petang pula dikhaskan untuk golongan dewasa dan juga warga emas. Mereka turut diberikan perkara asas menaip yang lain seperti pemilihan margin dan teknik pemerengganan dan betul. Dalam hal ini juga, para peserta telah diuji untuk menaip serba sedikit tentang biodata dengan diberikan masa lebih kurang 30 minit dan peruntukan perkataan melebihi 50 patah perkataan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: